Friday, March 16, 2018

Sampai bila ?

Lama aku fikir. Sampai bila aku nak menunggu ? Well dia tak cakap pun us akan get back ke apa cuma memang aku sendiri yang tunggu. Persoalannya sampai bila aku nak tunggu ? Almost 6 month. Tak ada contact, tak borak, tak text whatsoever. Memang aku cakap aku dah redha, for me tak salah pun nak tunggu orang kalau kau nak orang tu. Berbalik pada soalan aku, sampai bila ? Kawan dia ada cakap 'kau bagi dia masa'. Aku okay tunggu orang tapi macam mana kalau apa aku rasa tak macam apa dia rasa ? You get me ? Macam mana kalau dia dah move on ? Macam mana kalau dah ada orang lain tengah cucuk line ? Aku tak tahu apa ni. Aku clueless sebab there is no way for me nak tahu apa dia tengah buat, apa dia tengah fikir, apa dia rasa. Kalau betul salah aku besar sangat aku minta maaf. Aku dah 26, keliling aku bersepah orang kahwin. Orang pergi kenduri bawa tunang, bawa isteri, bawa gf. Aku bawa diri sendiri. Aku tak salahkan takdir pasal apa yang terjadi. Laluan setiap orang tu dah tertulis di Luh'mahfuz, semenjak kita belum lahir di dunia lagi dah tertulis apa akan terjadi dalam hidup kita. Aku nak someone yang aku boleh share the pain, apa usaha nak tunang, kahwin and so on.  Aku buat kerja seorang aku rasa tak feel. Nak juga merasa sama-sama kumpul duit, buat tabung kahwin. Aku tak boleh buat istikarah sebab aku ada pemberat, mulut kata redha hati masih sayang. Semua orang pun sibuk tapi tak kan la sibuk sepanjang masa. Aku jujur cakap aku masih nak lagi hubungan ni walau the odds is not in my favor. Kalau lah kau dapat baca apa aku tulis kan bagus, mudah kau nak bagi jawapan tapi itulah, kau tak baca. Doa aku, ada nama kau.

Terima Kasih Sebab Sudi Singgah Perpustakaan Sekolah :)

No comments: