Sunday, April 21, 2013

Bazir Masa

Assalamualaikum saya ucapkan kepada pengerusi majlis, yang dihormati dan bla bla bla.
Aku tak pernah teringin nak jadi MC dan tak terniat pun nak jadi.

Abaikan ayat diatas.

Asas. Asas merujuk kepada banyak maksud. Segalanya-galanya mesti mempunyai asas. Sebagai contoh agama Islam. Asas agama Islam ialah solat 5 waktu. Asas bagi keperluan manusia ialah tempat tinggal, pakaian, makanan dengan alaaa aku lupa apa lagi satu. Sebenarnya aku nak post something berkaitan the word asas tapi malangnya aku dah terlupa haha. Oleh itu mari aku bebel pasal benda lain.

Sekarang ni banyak orang akan mengeluarkan pendapat mereka yang tersendiri mengenai tokoh-tokoh atau parti yang mereka sokong. Tak lama lagi akan ada pilihan raya jadi semua orang akan berkata-kata. Bagi aku, pendapat jujur aku tak salah pun kalau kita nak luahkan apa yang bermain di fikiran kita, apa kita rasa. Parti A cakap ini ini ini dan penyokong mereka percaya. Parti B cakap ini ini ini dan penyokong mereka juga percaya. Seronok sebenarnya tengok orang-orang berkempen ni, meriah je aku rasa. Apa yang tak seronoknya bila kita terlalu taksub dalam memilih sesuatu pihak. Kita manusia, manusia ada hati apatah lagi perasaan. Kalau tak suka parti A tak perlu kondem parti B dan vise versa. Aku faham kita nak bela parti yang kita sokong tapi jangan la sampai terbawa-bawa. Bercerita pang pung pang pung tengok umur baru 20,19, baru nak masuk 21 tapi hebat cerita yang dicanangnya. Sampai masa hang boleh mengundi hang pi mengundi na, bising sekarang tak ada guna aku rasa. Lagi satu apa yang aku perasan, masing-masing nak pertahan parti yang dorong sokong sampai kadang-kadang kawan pun kau nak bash gila-gila sebab berlainan ideologi. Nasihat aku, hormat je lah pendapat orang lain. Bertekak mulut pun tak manis. Bazir masa sebab aku rasa there will be no winner.


Terima Kasih Sebab Sudi Singgah Perpustakaan Sekolah :)

Saturday, April 13, 2013

Yang Pertama untuk Sekian Lama

Hai guys and girl. Sihat ? :) 
After sekian lama aku menyendiri baru kali ni aku tergerak nak tulis post baru. Hope korang sudi baca :)

Semenjak aku dah masuk Universiti. Seriously aku memang enjoy to the fullest. Tiada orang nak kawal kita , hanya kita yang mengawal diri kita. Tersesat dan tersasar or tergolek dan terguling or berusaha dan berjaya , kesemuanya , iya kesemuanya terletak di tangan kita. Kita tentukan hidup kita sendiri. Siapa kata kalau dah berjaya masuk Universiti kita dah berjaya ? You sir , are wrong. Masuk Universiti tak bermakna kita dah berjaya. Universiti ini aku boleh consider as satu persediaan untuk masuk alam pekerjaan. Why aku cakap macam tu ? Sebab dekat Universiti juga kita akan tengok macam-macam ragam manusia. Yang baik , yang nakal , yang nakal ala-ala nak ke Setan , yang Setan betul , semua ada. Tapi kawan-kawan aku baik. Baikkkk sangatttttttttt HAHAHA. Kadang-kadang aku kasihankan kawan aku. Sebab aku dorang dah jadi sengal sikit a.k.a haa sengal. Aku ni dulu pendiam. Diam je. Dulu time aku darjah 4 nak on the way ke Kelantan *dulu aku duduk kelantan 2 tahun, now Seremban and used to be KL* aku rasa aku bercakap not more than 20 patah perkataan. Serius aku pendiam. Nowadays aku talktive. Bercakap je kerja aku. Sehari aku tak menyakat kawan ibarat bukan aku la tu. Waktu aku form 6 dulu , aku pernah cuba untuk kurangkan bercakap. Kawan-kawan aku pandang pelik. Oleh sebab yang demikian juga kawan-kawan aku panggil aku buang tebiat apa. Ini semua gara-gara aku cuba nak jadi pendiam , tak ada la pendiam mana cuma aku nak kurangkan bercakap but bila aku try buat dah kena cop buang tebiat. Haaaa memang aku hangin la kan terus aku huha-huha dalam kelas haha.
Universiti. Seronok. Berusaha la ea untuk masuk. Aku tak menyuruh korang berseronok-ronok dekat universiti tu tapi cuba enjoy life. Kalau ada aktiviti univesiti pergi la join. Yang aktiviti ceramah-ceramah tu haa hmmm haaa hmmm okay terpulang la nak pergi ke tak sebab aku pun memang liat nak dengar ceramah even though aku ambil course Sains Kaunseling. Haaaa cakap pasal Kaunseling , kenapa la pemikiran kamu , kamu dan kamu ni terlalu  sempit sangat ? Bila dengar Kaunseling terus ingat ohhh cikgu kaunseling padahal aku bukan akan jadi cikgu. Tak teringin pun nak jadi cikgu. Bukan nak menyombong but aku memang betul-betul tak masukkan cikgu sebagai salah satu impian karier aku. Sambung balik , haa kenapa sempit sangat pemikiran korang ? Aku ni nanti in shaa Allah akan buka firm kaunselor sendiri sebab course aku memang dia spesifik more to human. Bukan cikgu. Ingat ni , bukan cikgu. Aku jenuh kut nak terang setiap kali orang panggil aku cikgu. -.- aku bukan kaset nak diulang berkali-kali suaranya. Kejap lagi pukul 6 pagi aku akan ke Kedah. Semoga selamat sampai ke sana. Entah kenapa ayah aku nak ke Kedah , ada urusan mungkin. 

Sekian untuk saat dan ketika ini , korang tahu tak aku ada 5 assignment belum siap and minggu depan aku ada 2 midterm test tapi aku masih rileks-rileks tulis belog ? HAHA. Aku memang gamble , sangat gamble sampai pointer aku 3.2 je last sem. Ini semua padan muka ! HAHA. Ohh ea , aku dah berpunya. KBAI :D

Terima Kasih Sebab Sudi Singgah Perpustakaan Sekolah :)