Monday, March 12, 2012

1st week - Parkson



1st day - Isnin

Aku blur. Nak buat apa ni ? Permenant aku puas tunjuk and ajar itu bagai. Aku macam ohhh okayy. Hanya itu yang aku kata sepanjang penerangan yang diberikan oleh permenant aku.

2nd day - Selasa

Aku tengok sekeliling aku. Aku dekat bahagian hujung Promotion Affair. Terasa macam tolol sebab aku tak ada kawan sangat. Baru ada sorang dua. Lelaki nama Sigh , gurl nama Syikin. Dua dua umur 18 and waiting for SPM result. Ada satu makcik nak beli spender untuk suami dea. Dea na yang bahagian tepi tu ada sikit je kain eh sebab dea kata baru la seksi. Aku seriously tergelak layan makcik tu sebab bagi aku , dea romantic kut even aku rasa umur dea dah 50 +.

3rd day - Rabu

Aku manjang borak dengan si emeer. Emeer ialah kawan aku , sama umur. Dea sekarang tengah study dekat kolej but now dea tengah cuti sem so dea kerja untuk hilangkan bosan. Kitorang under spesis pakaian yang sama. Dua dua jual spender. Dea Renoma aku Byford. Ohh yeah hari rabu tu aku dapat result STPM. Memandangkan result aku oke so aku muka happy jela. HAHA. Haa time ni ada budak nama Afiq. Dea ni sengal gile tapi tak segile si Singh. Asal boleh cerita blue reramai , nak tergelak gila aku dengar.

4th day - Khamis

Permenant aku tak datang kerja sebab dea cuti. Aku mcam fuhhh heaven nyer. Bla bla bla aku bantai borak , tak buat kerja , kaunter bersepah , jalan macam boss , tak layan customer. Itu semua permenant aku la tuduh aku -.- aku kene scolded direct. Dea cakap ada orang complain tade orang jage kaunter. Entah dari mana dea tetibe boleh datang tah , aku macam terkejut gile.  Aku na lawan cakap but apakan daya , cina tu tak bagi aku langsung peluang untuk aku cakap. WTF is this ? Arahan kau tak jelas so jangan marah aku sebab aku tak buat kerja yang kau suruh which is kau tak suruh sebab kau cakap dekat kawan aku walhal aku sentiasa ada dekat depan kaunter tuh jadi Kenapa tak cakap sendiri ? again WTF is this ?

5th day - Jumaat

Aku pertend macam tak ada pape jadi. Muka happy je. HAHA. Okehh aku dah jadi banggang sikit hari tu. Memandangkan aku dah kene scolded kaw kaw hari ke - 4 ,  aku jadi RAJIN pada hari yang ke lima. Blah blah kire stock semua. Ohh ea , aku selalu jugak menggedik dekat brand lain. Dorang asal boleh buat mensyuarat tingkap berkumpul ramai ramai dekat tengah tengah tempat cashier and buat bodoh dekat semua customer. Awesomenyer , memang parkson bayar gaji kitorang untuk berborak. Tapi aku tak berborak sangat. Sebab aku belum masuk lagi dalam dunia dorang. Time balik aku nampak si Iqlima , classmate aku dulu. Fuhh tak sangke dea pun keje parkson jugak

6th day - Sabtu

Singh mula borak borak. Best borak dengan mamat ni , dea punjabi yang tak reti cakap bahasa Tamil. Syikin pun best jugak borak. Kalau tak ada si syikin tu aku agak bosan jugak la sebab tak ada orang nak diborak. Ohh yea masa tu , time aku tengah layan customer , ada satu abang ni , dea kerek gile. Dea ada voucher and benda tu boleh redeem. Aku tak tawu pasal benda tuh jadi dea macam perlekeh aku. Aku cakap la aku keje start kol 6 then dea diam. Luckily kengkawan aku yang lain ada kat situ so dorang tolong aku.

7th day which is today - Ahad

Aku sengaja datang awal ke parkson. Masuk patut kol 6 tapi aku datang kol 5 semata mata nak borak. HAHA. Lepak lepak dengan bebudak parkson quite oke la. 6 hingga 8 macam tuh , aku jaga dalam then baru aku jaga luar. Fuhh rupe rupenyer dekat kaunter luar ada drama , ada sorang budak ni kene tipu hidup hidup dengan sorang laki. Lelaki tu panggil dea sayang sayang bagai then that gurl pun jatuh la cinta. Lebih kurang 1 bulan lebih macam tu dorang kenal. Last last lelaki tu buat taik cakap dea dah ada girlfriend. Yang si budak ni punye la menagis. Aku macam sadisnya hidup dea. Oke untuk hari ni , aku macam dah boleh mix sikit dengan dorang. Tapi aku macam biasa , ada masalah nak mengingat nama orang. Muka ea tawu tapi nama , sorry tak tawu -.- Dorang plan 22 ni , which is tarikh dorang nak dapat result untuk pergi berjimba. Aku macam seriously korang nak buat macam tu ? Dorang serious kut na teruskan so dorang un ajak la aku dengan si emeer ni join sekali. Plan dea , bowling , makan and wayang. Dalam hati aku , best jugak life dekat parkson ni , well iyala. Kenal dengan orang kan.
Terima Kasih Sebab Sudi Singgah Perpustakaan Sekolah :)

No comments: