Wednesday, March 21, 2018

Personal things.

Man stuff

Aku tak pernah merokok, tahun ni baru aku tahu kalau nak merokok kena sedut kalau tak api tak menyala. Kawan aku tengok aku bakar-bakar rokok dia then dia tanya, kau nak buat apa ? aku cakap aku nak bakar rokok lah. Lepas tu dia gelak teruk, macam mana nak bakar kalau kau tak tarik bangang. Respond aku macam ohhhhh mana aku tahu aku tak pernah merokok. Vape on kadang-kadang tapi curi member punya. Aku tak boleh hisap yang keras sangat, terbatuk teruk nanti. Punca aku batuk sampai sekarang aku confirm mesti sebab vape kawan aku. Effect dia macam bangang walaupun last aku tarik 2 bulan lepas. Shisha is not my taste. Tak taste. Tak sedap bodoh benda tu. Kau hisap arang tapi ada rasa-rasa flavour. Baik kau hidu RON 97 ke, baru rare. Serius tak sedap.

Bola ? aku kaki bangku. Team bola ke player bola ke semua aku tak berapa kenal. Kereta ? aku pakai saga flx. Kereta tu tak laju mana tapi aku suka bawa laju. Push the limit. Pernah sekali aku baru nak tekan cucuk kereta viva lepas tu kawan aku macam 'eh eh ada apa ada apa ?' terus aku tergelak tak jadi cucuk. Trying hard teruk nak bawa kereta slow. Susah gila tapi alhamdulilah berjaya HAHA. Bawa kereta macam bangang ni punca minyak aku macam gila. Kau bayang duduk seremban je tapi seminggu macam 70. sebulan 300 +- tak ke macam bodoh tu ? Malam minggu paling best, aku selalu lepak balik lambat and lepas hantar orang semua-semua aku akan selalu came across mat rempit. Mat rempit ni memang sumpah la acah-acah je semua. Aku cukup suka kalau diaorang racing depan aku, memang aku kejar tapi sekejap jela, sebab rumah aku track dia tak panjang. Motorsikal ? Aku tak reti bawa motor. Ayah aku accident 2 kali waktu dia muda lepas tu dia berazam tak akan beli motor and here we go, setiap family member aku ada kereta masing-masing and no, no motorcycle detected sepanjang aku hidup. Dia tak larang aku naik motor, dia just cakap 'kau nak beli motor kau beli la bila dah kerja.', long story short aku pun tak minat motor. Kalau ada nice, kita jadikan dia display jela kat rumah haha.

Hobi

Sekarang ni aku tak ada hobi. Dulu ada la hobi which is main dota tapi semenjak dah putus ni nafsu nak main game tu tak ada langsung. Kronik betul. Tapi tidur sama je lambat, pukul 4 macam tu setiap hari. Nak membaca aku ni particular sikit bila tengok penulisan. Buku banyak dekat Popular and MPH but yang style aku minat tak ada. Ke aku belum habis godek ? Buku FIXI macam nice tapi banyak sangat nak kejar, nak baca. Serius doh aku tak ada hobi sekarang. What the fuck is happening to meh ?!

Personal Stuff

Aku tidur pakai 3 bantal, 2 bantal biasa 1 bantal peluk and selimut. Usually aku memang tidur tak berdengkur. Cousin aku pun tegur hang dah tidur ke belum ? Tak bunyi apa pun. Aku macam dah tidur la nak bunyi apanya lagi ? Dia cakap hang tak dengkur pun tidur. 3 malam tidur sekali sebab dia ada kerja kat seremban 3 malam la aku saje yang dengar dia punya dengkur. 

Kebanyakan barang-barang aku barang yang biasa saja. Pasal baju aku tak memilih sangat pun. Ex aku pernah hadiahkan aku baju Brands Outlet and since that baju aku mostly aku beli dekat BO. Dia murah plus kalau musim okay banyak baju cantik. Thanks Ex :D Seluar aku memilih sebab peha aku peha anak gajah so brand Lee je aku beli untuk beberapa tahun ni. Jam ? Aku jarang tukar jam. Aku suka gila tengok jam. Hobi masa lapang aku kalau terbuka instagram tu memang aku belek-belek jam. Banyak brand aku suka, Seiko Fossil (padahal 2 brand je aku suka). Serius la kalau aku asyuk mungkin setiap bulan aku angkut jam. Nafsu nak membeli tu memang tinggi lah tapi aku tahan je. Jam sedia ada ni pun aku dah pakai almost 4 years. 

Kasut is another case. Kasut aku tak suka sangat beli sebab kasut ni beli mahal-mahal tempat dia kat kaki juga. Tak kalis neraka pun tapi aku prefer Adidas over Nike and so on. Stripe Adidas tu is love doh. Hidup Yahudi ! HAHA. Then apa lagi haa ? Oh perfume. Aku dah pakai 3 brand, Acqua di Gio, CK One and Hugo Boss no 6. By far memang Acqua tu paling sedap tapi yang tak sedapnya harga dia ketuk-ketuk ramadhan doh. Pedih sangat so aku tak mampu nak repeat. Aku suka vanilla so aku ingat Hugo Boss tu nice la tapi tak, tak nice sangat bila dah pakai. CK One ni middle taste la. Bau dia manis, macam kau tengah makan sweet candy. Pleasant smell but kalau ada duit aku akan beli Acqua. Sumpah perempuan akan jatuh cinta teruk dengan bau dia. 

Laptop eh ? aku suka gadget juga actually. Laptop gaming sekarang design dia lawa-lawa. Current laptop dah 5 tahun pakai and still fast eventho dah 5 tahun, sebab apa fast ? sebab aku pandai jaga. Teringat zaman universiti dulu pinjam laptop member nak buat assignment, dia punya slow tu ya Allah, aku boleh nagis la tunggu. Kembang bai rasa bila member kau pakai laptop kau and dia puji cakap laju gila laptop ni, tekan keluar, tekan keluar. Itu la beza ex gamer jaga laptop, mesti tiptop. Laptop aku windows 8.1. Saat aku pakai laptop ni aku terus tutup auto update windows. So sistem laptop aku sekarang tahun 2014. Antivirus pun tak ada. Aku sampai sekarang kagum tengok perempuan beli antivirus sebab risau kena virus. Gigih mereka keluar duit. Ni aku bagi tips, kau download windows defender. Cari dekat web, dia size dalam 1++MB, lepas run benda tu terus delete. Itu antivirus yang free which is develop by microsoft. Lepas tu kat search bar tu try taip DEFRAG and akan keluar benda. tekan benda tu then defrag C and D or whatever huruf dalam laptop korang. Dia akan sort file and boost the speed. 

Handphone eh ? Aku pakai iphone 5S, beli 2014 ke 2015 tah. Battery dia dah kiok teruk tapi aku malas nak tukar. Casing dia gambar kucing, lawa gila aku beli dekat ehemmmm ada la kan. nak tengok ? Tengok profile pic twitter aku, aku tukar khas untuk kamu lihat. Bukan tak nak tukar phone but masih boleh pakai kan, tu sayang nak tukar tapi kalau aku tukar memang akan tukar memahal la rasanya. Apple ni mudah sebab dia banyak link dengan AIA. Nak lompat android pun rasa macam tak fun sebab macam leceh nanti. 

Kalau ikutkan aku memang reti jaga barang. Tak banyak barang aku yang aku rosakkan or hilangkan. Speck mata hitam aku hilang, sampai sekarang aku mengirap sebab bukan aku yang hilangkan. Songkok aku pun dari zaman aku tingkatan 5 sampai la sekarang. Al-Quran aku dari darjah 3 tapi dah terbarai kulit dia dengan isinya. Powerbank aku dah 6 tahun aku pakai. Sayang gila wei, kalau hilang tu mahu nagis aku. Aku selalu gila menganjing powerbank kawan-kawan aku. Mah 20000 la apa lah tapi still tak power macam powerbank aku yang 8800 Mah. Lopek la powerbank sekarang. Aku beli masa awal-awal powerbank mula naik, RM140 juga la time tu tapi well invested. 

Cakap pasal barang lama, aku masih simpan jam yang ayah aku bagi. Jam tu terjatuh lepas tu retak + hancur dial-dial dalam dia + terburai besi-besi dia. Aku simpan je dalam satu kotak ni sebab aku ni person yang sentimental value sikit. Kereta aku pun sama, banyak calar-calar sebab orang yang langgar. Luka sikit-sikit. Mental tahu kau jaga barang elok-elok lepas tu orang selamba badak beduk sana sini masa kau tak ada dalam kereta. Lagi apa haa benda lama aku jaga, oh dompet. Dompet aku pun dah 4 tahun aku pakai. Entah lah benda elok aku pakai jela, kalau ikut nafsu dah 10 jam fossil ni aku beli sebab lawa-lawa kat instagram tu. 

Aku jarang nak beli barang tapi kalau beli eheeeee harga dia ratus-ratus la kalau benda aku minat. Tapi pokok pangkal dia aku jarang beli barang. Dulu waktu minat main game mouse aku pun dekat 300. External aku ada 2 ketul. Headset aku pun 300. Mousepad pun 80. Semua nak memahal sebab masa tu still minat kan. Now apa pun tak minat sangat. Thor Ragnarok, Black Panther and so on. Cerita wajib tengok kan for Marvel fans ? Aku tak pergi tengok pun. Rasa nak pergi tengok pun tak ada. Faktor umur barangkali. Tak faktor umur faktor tak ada awek. 2 je faktornya. Pergi Shopping Mall pun jarang, sebab aku rasa tempat tu macam tak indah dah. Dulu best la kalau jalan ada orang sekali nak cuci mata but now aku memang jarang jejak. Kalau pergi pun sebab nak makan je. Mana ada Sushi King, Manhattan Fish and so on buka tepi jalan so nak tak nak kena masuk mall. Wallpaper phone aku pun gambar buku yang aku bagi kat ex aku. Serius tak sedar dah 3 tahun ke 4 tahun aku pakai wallpaper tu, sampai sekarang aku belum tukar.

Kadang aku terfikir why aku bother nak taip semua ini tapi tak ada orang pun baca ? Then aku terfikir balik, ada sebab semua ni berlaku. Kau boleh tengok progress diri kau sendiri bila kau baca balik apa yang kau tulis. Dulu aku macam ni and macam ni and now aku macam ni and macam ni. Secara tak langsung kau akan nampak penulisan, cara penyampaian akan berubah from time to time. track record achievement diri kau sendiri. Bila aku baca aku yang 4 tahun lepas, aku sendiri pun tergelak tapi ramai la orang baca waktu tu. Now aku tulis just for myself but then mesti kau orang akan tertanya kalau tulis sendiri kenapa tak private ? Sebab mana tahu ada orang nak baca kan. Muehehehe. Nasib baik aku tak delete blog aku, sayang ni. dah 9 tahun usia dia. See aku memang sayang barang-barang aku haha.

Dalam handphone aku ada ubah this certain words jadi shortcut untuk another words, believe me or not aku tukar 'na' jadi sayang. So aku just taip na and that word akan tukar jadi 'sayang'. Sayangnya aku tak taip 'na' but aku akan selalu taip naa. I purposely taip double 'aa' instead of one 'a' so it won't came out as sayang but just 'naa'. Next one I promise you I call you sayang from the 1st day till the day you part from me. Jujur aku cakap aku still boleh ingat baju apa ex aku pakai waktu 1st jumpa dia dalam 6 tahun lepas. Dia pakai baju blouse warna mustard and jeans. Waktu tu dia tengah belek-belek baju dekat AEON. Aku sampai lambat sebab aku naik public transport. Berdebar aku nak tegur dia sebab selama bercinta aku tak pernah pun tegur dia waktu dekat sekolah dulu. Memori aku kuat for moment yang precious, bagi la chance aku taip macam ni, aku belum dapat move on lagi. sorry ya :)


Terima Kasih Sebab Sudi Singgah Perpustakaan Sekolah :)

Sunday, March 18, 2018

The old things...

Those day yang bila kita text pakai handphone and using credit...
How cool is that ?
So damn cool right ?
You choose who to text since it will cost you.
The time and money invested just to text and call people,
To include them in the plan,
SOX, and so on.
Rushing to the shop nak beli topap sebab nak bergayut or text malam nanti.
Setting the time when both people dah ready.
Eager and patiently wait for them to return your call or text.
Editing the text for ucapan hari raya and send it to multiple people at the same time.
Excited when got free call when it is your birthday.
Feeling lost or hopeless if someone choose not to pick up the phone.
Arguing which plan is better, mine is celcom and your's is maxis.
Debating which plan is cheaper.
Converting to other telco provider since you love someone that much and willingly doing so.
Smiling when replying the text.
Battery dead when on the phone, the stress is real.
Standing or laying down while on the phone.
Always holding the phone eventho there's nothing to read.

Technology is good, ws telegram twitter fb instagram and so on, it's real good.
So convenient to use as it suit our need.
And for that, we exchange the time to cherish our memory's.
We act differently to cope with the nowadays trends.
We didn't return the call as it free using ws call.
We didn't meet that person as we can video call using IM.
We didn't reply although we already read the text.
We don't bother to talk eventho we sitting in front of each other,
Our hand busy scrolling the instagram post as it is much more fun to do rather than talk.
We change. We don't appreciate things like the old time.
We take it for granted because it's free.
All you need is internet.

I missed those time.



Terima Kasih Sebab Sudi Singgah Perpustakaan Sekolah :)

Friday, March 16, 2018

Sampai bila ?

Lama aku fikir. Sampai bila aku nak menunggu ? Well dia tak cakap pun us akan get back ke apa cuma memang aku sendiri yang tunggu. Persoalannya sampai bila aku nak tunggu ? Almost 6 month. Tak ada contact, tak borak, tak text whatsoever. Memang aku cakap aku dah redha, for me tak salah pun nak tunggu orang kalau kau nak orang tu. Berbalik pada soalan aku, sampai bila ? Kawan dia ada cakap 'kau bagi dia masa'. Aku okay tunggu orang tapi macam mana kalau apa aku rasa tak macam apa dia rasa ? You get me ? Macam mana kalau dia dah move on ? Macam mana kalau dah ada orang lain tengah cucuk line ? Aku tak tahu apa ni. Aku clueless sebab there is no way for me nak tahu apa dia tengah buat, apa dia tengah fikir, apa dia rasa. Kalau betul salah aku besar sangat aku minta maaf. Aku dah 26, keliling aku bersepah orang kahwin. Orang pergi kenduri bawa tunang, bawa isteri, bawa gf. Aku bawa diri sendiri. Aku tak salahkan takdir pasal apa yang terjadi. Laluan setiap orang tu dah tertulis di Luh'mahfuz, semenjak kita belum lahir di dunia lagi dah tertulis apa akan terjadi dalam hidup kita. Aku nak someone yang aku boleh share the pain, apa usaha nak tunang, kahwin and so on.  Aku buat kerja seorang aku rasa tak feel. Nak juga merasa sama-sama kumpul duit, buat tabung kahwin. Aku tak boleh buat istikarah sebab aku ada pemberat, mulut kata redha hati masih sayang. Semua orang pun sibuk tapi tak kan la sibuk sepanjang masa. Aku jujur cakap aku masih nak lagi hubungan ni walau the odds is not in my favor. Kalau lah kau dapat baca apa aku tulis kan bagus, mudah kau nak bagi jawapan tapi itulah, kau tak baca. Doa aku, ada nama kau.

Terima Kasih Sebab Sudi Singgah Perpustakaan Sekolah :)

Thursday, March 15, 2018

'Kalau dia tahu kau defend dia macam ni, confirm dia nagis.'

A - 14.03.18

Terima Kasih Sebab Sudi Singgah Perpustakaan Sekolah :)

Saturday, March 3, 2018

2016-2018 summary

Hai and assalamualaikum.

Ages, yes it's been ages since aku update blog. Aku terlupa password by the way sebab aku tak berjaya buka since forever. Thank god blog ini tak macam twitter yang kalau deactivate sebulan and boom account hilang. Aku pernah terhilang twitter account dulu, mental juga lah. Pertama sekali aku nak minta maaf sebab aku totally lupa pasal coding and how nak touch up blog ini, so kamu semua akan nampak blog aku waktu aku setup masa umur aku 19 tahun, mohon bertabah dan jangan bash.

What to story ? Banyak benda yang aku nak story actually. Like fucking banyak gila. Sampai aku tak tahu nak tulis mula dari mana. Cerita sedih ada cerita gembira pun ada. As for now aku rasa so-so. Tak terlalu gembira and tak terlalu sedih. 

26, ya aku dah 26 tahun. 26 tahun hidup dekat dunia. Frankly speaking hidup ni tak mudah macam apa aku sangka. Waktu aku kecil, aku selalu berharap aku akan cepat besar sebab nanti aku akan kerja, akan ada kehidupan as orang dewasa yang aku fikirkan pada waktu tu, tak banyak masalah. Tak, I was wrong. Dugaan bila dah dewasa lain pergi dia. Kau lemah kau jatuh. Jatuh jauh mana ? Like macam what aku rasa waktu itu memang jatuh terus tersungkur. Speechless. 

Macam mana aku nak susun ayat ya, aku ada banyak sangat benda nak cerita sampai aku still lagi sorting things which one yang best nak story dulu. Oh okay. Kita go for event, chronologies through year, just the main event.

2016
Graduate as Bachelor in Counselling (Hons), UUM
Tahun ni juga aku gaduh dengan best friend aku, kawan lama gila dari semester 1, then sebab salah faham terus tak bercakap. Yang kelakarnya aku intern satu office dengan dia and kami gaduh waktu tengah intern. Semua pasal mulut, mulut aku melawak kejam sangat sampai member tak tahan menagis sakan dia malam tu. Aku terus tak ada mood untuk melawak dengan dia dah lepas itu sampai habis belajar sebab peristiwa itu. Gaduh-gaduh pun aku bawa juga pergi makan sebab birthday dia jatuh bulan 6, which is around 1 week before habis intern. Ikutkan hati memang aku kejam malas dah layan, buat apa bagi dia kek tapi itu lah, tak sampai hati. Tak kawan terus lepas convocation. Dia tak berani sangat nak text aku sebab aku memang bloody cold blooded teruk waktu tu tapi sekarang kami dah okay, dah tua tua ini mana sesuai dah bergaduh. The End.

2017
Jobless and some sad things happened. Rezeki Allah luas, seluas laut di lautan, kau tak nampak penghujung, sedalam laut, kau tak nampak dasar. Awal bulan 1 aku dapat job interview for this position as life planner. Senang cerita as agent insurance. Mula-mula Prudential riki aku and aku pun pergi dengar apa dia cakap. All thing pakai wassap, dari ajak jumpa sampai la ke sudah. Aku rasa pelik juga why tak call, tak ada credit ke apa ? But memang macam tu cara orang tu. Okay tak kisah lah. Then 4 days after AIA pula call ajak jumpa, aku pun okay dengar pula AIA punya orang ni brief. Both company ini dapat resume aku dari Mudah and Jobstreet. 

After fikir-fikir aku choose AIA sebab benefit dia superb for agen and for client. Agensi dekat Subang, One City. Costing ulang-alik is roughly RM 600 untuk 16 hari, ini belum masuk duit makan minum sebab minyak dengan tol pun boleh tahan, aku duduk Seremban. Okay tak kisah la kan. Next is Ipad. Insuran AIA ini memerlukan Ipad untuk buat sebut harga dekat client. Efficient sebab dia boleh bagi harga termurah and ikut need client. Costing lagi la kan macam biasa RM 1699. Kat sini nampak tak polar ? Duit dah habis banyak tapi aku belum pun dapat jadi agen lagi. To be honest la kalau nak jadi agen insuran AIA especially kena ada duit sebelum mula. Belum apa-apa duit kau dah banyak terbang, itu ini dah ribu. Ceritanya sekarang aku tak jadi pun agen dekat agensi Subang tu sebab dia lembap. Lembap sangat plus kencing hancing sikit. Aku di janjikan elaun RM 350 sebab aku ulang-alik dah berapa kan habis and guess what, aku tak dapat pun full elaun tu. Alasan ? Sebab aku belum hadir kelas compulsory under AIA. Training yang aku pergi ini bawah agensi so technically speaking dia bukan dapat apa pun and tak compulsory pun actually nak datang. Burn baby burn, aku mental sebab dia dah suruh aku cari prospect and aku dah cari tapi kereta tak bergerak dengan sendiri. Duit banyak habis tapi itu pun dia tak dapat nak bagi full. 

Pernah sekali aku jaga booth and dapat persuade orang dari booth sebelah untuk ambil insuran on that day juga but because aku tak ada agen code, nothing can be done. Akhirnya kes tu jadi kes kawan aku. Bengang ? Aku relax lagi. Penamat kepada kesabaran aku itu bila boss aku call and marah-marah kata aku malas. What the fuck ? Aku agen code tak ada, nak closing tak boleh, elaun pun tak bagi full, siapa nak kerja sungguh-sungguh bila dah jadi macam ni ? Income boss aku itu RM36000 sebulan by the way, tak sampai 1% pun elaun aku tu actually dari total income dia yang per month itu. Nak kita commit so dia kena commit la, baru adil, kan ? After berbincang dengan my mom aku decide tak nak teruskan. Gila kau ? Dia call untuk marah, siapa tak bengang sial. pukul 9 pagi hari rabu waktu itu. Keesokan harinya tu aku pergi la branch agensi dia dekat seremban, niat dalam hati dah susun dah beberapa ayat. Ayat dia berbunyi begini 'you ada insuran kan Je***y ?' then zassss sekali bagi penumbuk. Allah Maha Mengetahui, dia tak turun hari itu, silap silap dengan aku sekali masuk lokap sebab aku memang nak beduk dia sebab perangai yang tak semengah dia. Oh ini cerita bulan februari by the way.

Bulan 10, ini bulan memang sedih gila. Sedih dia tak boleh lawan la kalau perasaan kehilangan seseorang sebab kematian tapi ini  level bawah sikit. Aku dah putus dengan ex aku, lama bercinta. 5 tahun lebih. Sebab apa putus ? Rahsia. Senang cerita aku tak serius waktu itu. Bukan ada orang ketiga tapi sebab aku tak serius dalam nak move to another step. Perempuan, ikutkan apa yang my mom said, they want assurance, bukan insurance. Nak something yang they can hold on. Siapa nak lelaki yang tak serius ? Malangnya lelaki itu aku. The fucking main-main type of guy. Lepas putus, jujur aku cakap, lama aku termenung, sampai akhir bulan 12. Dia punya sedih Ya Allah aku tak tahu lah, tak tergambar dengan kata-kata. Ada member suruh aku cari yang lain sebab nak bantu aku move on but that not the case. Aku tak nak orang lain jadi tempat sekadar aku hilangkan bosan. So aku carry on feeling itu sampai bulan 12, 2/3 bulan aku bawa seorang tak cerita dekat siapa-siapa pun. Tak nafi la itu yang lagi pedih bila kau bawa seorang benda macam ini. Once aku cerita dekat kawan aku, reaksi dia orang macam 'babi serius la ?', aku senyum kelat. Pedih betul waktu tu, tambah pula bila lepak ada bawa awek, text awek, aku ? Aku belek-belek phone je :'(

Aku cerita dekat adik aku, ayat dia senang. 'Kau cari lain jela abang, perempuan banyak kat luar tu'. Aku dengar dia cakap macam tu mengirap terus darah aku. Aku tak bercinta sebab bosan, aku tak bercinta suka-suka, aku bercinta sebab aku nak orang itu jadi someone special, yang sampai ke tua dia dengan aku, yang akan tahan perangai annoying aku yang suka menyakat. Berapi dengar ayat dia, betul lah dia cakap perempuan memang ramai tapi yang selesa, yang kau selesa tak ramai, mungkin tak ada. Aku tanya pula mak aku punya opinion, what should I do ? Dia cakap simple, dia suruh aku pujuk. Ayat mak aku best 'kau kena pujuk dia, perempuan ini tak boleh biar. Tunjuk kau nak dia, tunjuk kau serius'. Aku macam okay. To be honest aku tak tahu macam mana nak pujuk sebab dia lain, tak macam yang aku kenal. 180 degree change. Aku tak berani nak tanya lebih, tak berani nak talk pasal cinta sebab kena pangkah macam itu je. Pedih dia lain macam. Aku try nak bungakan kembali, tabur baja di taman yang kian layu, malangnya tak, tak jadi. 

Hampir 6 bulan and aku tak tahu apa situasi dia, apa dia rasa sebab aku dah lama tak contact. Actually tak dapat contact pun if you know what I mean haha. Pening kepala tapi entah.Mula jadi jujur gentle cakap aku jatuh teruk tapi now aku dah okay. Aku berterima kasih kat dia sebab dia buat aku sedar words tak akan bagi impian jadi kenyataan. Usaha tanpa doa mungkin tak berjaya, impian tanpa usaha apatah lagi kan. Aku akan elak lalu jalan area rumah aku, aku sanggup jalan jauh sebab aku tak nak nampak kereta dia, tempat kerja dia area rumah aku so faham faham la susah macam mana nak kawal perasaan ini. Penyelesaiannya aku lalu jalan lain. 

Pengalaman ini memang mengajar aku what life can do to you. Aku tak marah, aku redha. The best experience, lama aku bercinta sampai aku lupa nak jaga orang baik-baik, nak treat the right way, nak usaha untuk peringkat seterusnya. Apa yang terjadi ni buat aku sedar tak selamanya orang akan ada dengan kita. Jodoh, ajal maut semua dia tanganNya. Apa yang aku boleh cakap, aku harap dia sihat and ceria selalu. Kalau diberikan peluang memang aku masih nak dia, feeling don't develop in one night, it take years. Ini harapan lah tapi tak rasanya, like i said, aku pun dah redha so ya :) The End.

2018
A new beginning. Masa bulan 8 tahun 2017 aku kemas dompet and I came across satu business card ini, agen insuran. Aku pun contact brother itu and jumpa. Long story short, aku now buat balik Insuran under AIA. Agensi dekat Seremban so no more costing mengarut. Aku dapat agen code aku dalam 4 hari bekerja, different gila dengan previous agensi sebab ada agen itu sampai 2/3 bulan baru dapat agen code. So far alhamdulliah, seronok buat insuran ini sebab kau explain things yang tak ramai orang faham. Bila kau dapat close case tu rasa dia best gila. Aku fikirkan buat insuran ini akan cepat kaya, tak, tak cepat sebab cara aku kira salah haha. Tapi tak nafi memang boleh berubah nasib bila buat insuran. 

Bulan januari aku ada 2 case je and bulan februari aku ada lebih 10 kes. Struggle teruk nak persuade orang ambil insuran sebab agensi aku tak ada buat briefing dekat agensi-agensi awam and we focus dekat medical card, tak jual produk lain sangat. Jujur cakap kalau pasal komisen aku, banyak lagi gaji orang yang kerja cleaner sekolah. HAHA. Semua bermula dari bawah,  and aku tak rasa benda ni beban sebab aku enjoy doing it. Aku tak galak perempuan buat benda ini sebab akan ada few problem, orang menggatal, orang cakap nak ambil and nak jumpa walhal dia cari alasan nak jumpa. Base on true story, kawan baik ayah aku cerai sebab wife dia orang lain kacau. Tak semua akan cerai tapi ini antara dugaan. 

Kenapa aku cerita dekat blog ? Dia semacam terapi actually, aku dulu kerap main dota tapi tak lagi sekarang. Mood nak main game itu lenyap lepas apa yang jadi. Ada main tapi jarang, sebulan maybe 2/4 kali. Aku go thru aku punya post and ada lebih 60 post yang aku save sebagai draft, tak publish sebab not all kena bagi tahu dekat orang. Why aku tulis kali ini ? Sebab aku tak kisah apa orang akan cakap. What done is done. Bila kawan aku ada problem yang semacam aku hadapi, aku try the best tak nak tengok kawan aku lalui benda sama, pedih benda separuh jalan ini. Seorang member dah nak kahwin, seorang lagi tengah planning nak pergi kursus kahwin, seorang lagi tengah usaha cari jalan nak kahwin, aku ? Tumpang gembira. Putus bercinta okay lagi dari putus tunang, lagu Sufian Suhaimi memang berhantu lah, aku ulang berapa kali dah ni sambil menaip. Until next time, night.

Dan tak seharusnya aku
Bertemu dirimu

Didunia ini


Dan kau membuang diriku
Sesuka hatimu
Dan memilih dia

Dan ku tersandar begini
Meratapi hati
Yang telah dilukai

Aku sedar
Betapa hinanya
Ku dimatamu


I love you.. I still love you... 

Terima Kasih Sebab Sudi Singgah Perpustakaan Sekolah :)